Alhamdulillah syukur sangat-sangat kerana dengan usaha ku selama ini, dan rezeki allah bagi, sebuah nama telah di cipta dan telah di beri dengan begitu indah , iaitu mamalinda bakers... pejam celik tanpa di sedari nama ini sudah terpahat selama 4 tahun sudah, bermulanya dengan Coklat paraline, kemudian, berubah mencipta Pizza ciptaan sendiri, kemudia selepas itu baru la..saya menceburi bidang dalam dunia baking, bertapa indahnya, dan seronoknya saya apabila tergolong dalam dunia baking ini, segala kepayahan telah pun di rasai dan bermacam-macam telah di tempuhi untuk sampai ke peringkat ini. dengan sokongan keluarga terutama buat suami saya dia la..yang banyak membantu dan menjadi pendorong untuk saya berjaya dalam dunia baking.alhamdulillah segala kesusahan yg di tempuhi sewaktu mencari ilmu dunia baking, macam-macam rintangan dan rintangan perlu saya hadapi, tapi itu semua tidak mematahkan saya untuk mendapat ilmu walaupun di luar Kl, selangor.
Buat kawan-kawan tidak di lupakan juga kerana dengan kawan-kawan juga la..saya dapat support untuk berjaya sampai hari ni dan bertahan sampai sekarang.
Dengan ini.....mamalinda bakers dengan suasana baru akan muncul sebagai
studio mamalinda bakers... akan bermula pada bulan Febuari 2013. Buat teman-teman di luar sana, jangan tidak mengambil peluang, bermacam-macam modul akan di ajar, hanya pilih sahaja untk kelas apa.
Sekian, terima kasih
mamalinda bakers
No comments:
Post a Comment